Penubuhan sebuah di negeri Kelantan telah
dijadikan salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong
pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk
menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac
2006.
Keusahawanan dan Perniagaan ;
Teknologi Kreatif dan Warisan; serta
Agro-industri dan Sains Sumber Asli
Pada masa yang sama, penekanan diberi kepada kemahiran
bahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk
melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas
pertama, lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan
dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada
peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
(capability and capacity building of SME)serta menyumbang kepada pembangunan
masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam semua pelaksanaan,
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT as an
enabler).
Penubuhan Universiti
Kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan di Taman
Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran
pelajar-pelajar sulung UMK seramai 295 orang. Pada tahun kedua operasi, iaitu
mulai Julai 2008, pihak Universiti telah berjaya mendaftar seramai 332 orang
pelajar.
Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Y.
Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1 Oktober 2006.
No comments:
Post a Comment