Wednesday 18 December 2013

Siswazah News

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM50 juta di bawah Tabung
Usahawan Siswazah memberi keyakinan lebih besar kepada golongan itu untuk
menceburi bidang keusahawanan, sekaligus membantu mencapai sasaran kerajaan
melahirkan 5,000 usahawan setahun.
Pengerusi Majlis Keusahawanan Universiti-universiti Awam Malaysia (MAKMUM)
Prof Madya Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata langkah itu sangat positif ke arah
mengurangkan jumlah siswazah menganggur dengan menampung minat mereka menjadi
usahawan.
“Namun, mereka perlu diberi latihan dan pendedahan secukupnya terlebih
dahulu supaya tidak patah semangat separuh jalan,” katanya yang mengalu-alukan
pengumuman tabung itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada
pembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen hari ini.
Najib mengumumkan bahawa bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan
siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan
Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.
Menurut Najib, yang juga menteri kewangan, dana itu akan menyediakan
pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.
-- LAGI
BAJET-REAKSI (MAKMUM) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Junaidy berkata oleh kerana bukan semua siswazah menganggur adalah lulusan
bidang perniagaan atau keusahawanan, mereka perlu diberikan kursus berkaitan
terlebih dahulu disusuli latihan amali dengan industri berkaitan untuk
melengkapi diri dengan pengalaman awal.
“Saya berpendapat mereka juga perlu dipadankan dengan industri dalam
bidang perniagaan pilihan mereka, atau diperkenalkan mentor-mentee untuk
mendapat bimbingan berterusan bagi memastikan kejayaan,” katanya.
Perniagaan francais dan perniagaan yang sudah ada rangkaian meluas di
seluruh negara mungkin antara pilihan terbaik kerana ia telah menyediakan model
perniagaan yang baik dan berjaya, kata Junaidy yang juga Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris.
“Untuk kelompok berikutnya MAKMUM melihat peranan pusat keusahawanan yang
terdapat di semua universiti awam boleh dipertingkatkan dengan mempergiat
latihan kepada mahasiswa berminat bermula daripada tahun akhir pengajian,”
katanya.
Jumlah pinjaman daripada tabung itu tidak boleh diberi banyak sekaligus
untuk tidak membebankan bayaran balik dan juga mengelak kecenderungan disalah
guna, katanya, sambil menambah bahawa pinjaman yang besar jumlahnya mungkin
boleh diberi kepada siswazah secara berkumpulan yang memikul tanggungjawab

bersama dalam perniagaan.

Tuesday 17 December 2013

Promosi menarik dari Perodua untuk para pelajar dan graduan IPT – ‘What’s Up Graduate!’

Khusus untuk para pelajar dan graduan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara, anda kini boleh memiliki kenderaan keluaran Perodua melalui kempen menarik dan istimewa yang diberi nama ‘What’s Up Graduate!’.

Menurut Perodua, objektif kempen tersebut ialah bagi membolehkan para pelajar dan graduan yang baru saja menamatkan pengajian memiliki kenderaan sendiri melalui pakej mampu milik dan mudah.

“Kami sedar masalah yang dihadapi oleh mereka sejurus menamatkan pengajian. Oleh itu, program ini boleh menjadi permulaan yang baik untuk mereka kerana mereka boleh menggunakan kenderaan untuk pergi bekerja dan memulakan fasa baru kehidupan,” kata Datuk Aminar Rashid Salleh, Pengarah Urusan Perodua.

“Kempen ‘What’s Up Graduate!’ adalah sebahagian daripada promosi berterusan kami bagi mengekalkan minat awam terhadap kenderaan kami, dan kami akan terus memberikan yang terbaik kepada orang ramai memandangkan itu adalah perkara paling penting kepada kami,” tambah beliau selepas melancarkan program Expoconvo 2012 di Universiti Malaysia Pahang (UMP), serta kempen ‘What’s Up Graduate!’ pada hari Selasa yang lepas.

Kempen ‘What’s Up Graduate!’ yang bermula dari 1 Oktober 2012 dan berakhir pada 31 Mac 2013 merupakan yang pertama seumpamanya daripada Perodua, di mana para pelajar dan graduan akan layak mengikuti kursus pemanduan percuma bernilai RM1,000.00 apabila mereka membeli kenderaan Perodua pertama mereka.

Pakej menarik itu dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM299.00 juga menawarkan perlindungan kemalangan peribadi percuma bernilai RM20,000.00 untuk pembeli, serta diskaun 50 peratus untuk tempoh 2 tahun apabila melakukan servis kenderaan Perodua mereka di mana-mana 170 pusat servis Perodua di seluruh negara (mengikut terma dan syarat).

Perodua akan menjalankan aktiviti jelajah di seluruh negara di semua pusat pengajian tinggi pada tarikh konvokesyen masing-masing dalam tempoh 6 bulan bagi mempromosikan kempen tersebut.

Monday 16 December 2013

Banjir Di umk



Utama Keselamatan Ketika Banjir
Musim tengkujuh menyebabkan
banjir di beberapa negeri
kebelakangan ini,
menenggelamkan rumah dan
merosakkan tanaman serta
memaksa penduduk berpindah.
Namun, tidak semua mangsa
banjir
mengambil langkah berjaga
-
jaga
memastikan keselamatan ahli
keluarga terjamin, terutama megendalikan barangan elektrik.
Kita terlupa air ialah pengalir elektrik dan jika rumah ditenggelami banjir,
kemungkinan
penghuninya terkena renjatan elektrik am
at besar berikutan palam elektrik yang terendam atau
kemungkinan ada kabel yang terputus menyebabkan arus elektrik boleh mengalir di dalam air.
Berikutan itu, sebagai langkah berjaga
-
jaga ketika banjir, Tenaga Nasional Berhad (TNB),
menasihatkan orang rama
i mengutamakan aspek keselamatan.
TNB sebagai syarikat ultiliti tunggal membekalkan elektrik kepada penduduk Malaysia, meminta
orang ramai segera menghubungi pejabatnya yang berdekatan jika mengalami sebarang masalah
atau pertanyaaan berkaitan bekalan elek
trik.
Talian khidmat TNB iaitu 15454, bersedia sepanjang masa menerima panggilan orang ramai
yang menghadapi masalah berkaitan elektrik ,sama ada di dalam premis pelanggan atau
membabitkan talian TNB di luar. Jika ternampak tiang elektrik tumbang dan teren
dam di dalam
air atau ada kabel talian TNB yang terputus, segeralah hubungi talian khidmat TNB bagi
mengelak ada yang menjadi mangsa terkena renjatan elektrik.
Langkah terbaik apabila air memasuki rumah dan berkemungkinan menenggelamkan barangan
serta punc
a elektrik ialah mematikan suis utama kerana ia akan menghentikan seluruh pengaliran
elektrik dari talian utama di luar ke rumah.
Mungkin
ramai tidak melakukannya, sama ada terlupa atau mahu menggunakan perkakas
elektrik tetapi biarlah bergelap menggunaka
n lampu suluh atau lilin daripada ada anggota
keluarga ditimpa malang.
Elakkan mengguna perkakas elektrik sehingga dipastikan tiada punca atau kabel elektrik
terendam di dalam air.
TNB menasihatkan orang ramai diminta sentiasa berhati
-
hati ketika mengendal
ikan
peralatan
elektrik ketika masalah banjir, dengan tidak meyentuh sebarang peralatan elektrik atau suis
dengan tangan basah selain tidak menggunakan sebarang peralatan yang terendam dalam air.
Orang ramai diminta menutup semua punca bekalan elektrik te
rmasuk suis utama jika diarah
berpindah ke pusat pemindahan sementara dan tidak menghampiri sebarang peralatan yang

Monday 9 December 2013

Silat Cekak Malaysia

Asal-Usul Silat Cekak Malaysia

Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.

Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.

Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun:

"Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali".

Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.

Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.

Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.

Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.

Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Y.M. Haji Ishak Itam terus menerajui PSSCM sehingga beliau menyerahkan pucuk pimpinan Silat Cekak kepada Y.Bhg. Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah pada 3 Jun 2009 dan secara beradat pada 23 Jun 2009.
Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan dan kelas latihan PSSCM telah berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan pembukaan kelas-kelas latihan di cawangan-cawangan negeri dan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh Semenanjung Malaysia.
 

Wednesday 6 November 2013

Hasrat ibu lihat anak ke menara gading terkubur

DUNGUN: Hasrat seorang ibu untuk melihat anaknya berjaya ke menara gading terkubur setelah anak lelakinya itu meninggal dunia hari ini selepas lima hari koma akibat kemalangan jalan raya Jumaat lalu.

Mohd Nor Alif Harun, 17, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar di sini meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu awal pagi ini.

"Hasrat anak saya untuk menyambung pelajaran serta menyara keluarga tidak tercapai. Dia dimasukkan ke ICU HSNZ setelah kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari solat Jumaat " kata Sara Ramli, 56, ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Gong Pasir di sini.

Katanya ketika kejadian anaknya sedang menyertai Kem Kecemerlangan SPM dianjurkan pihak sekolah di Mayang Sari Resort dan kemalangan berlaku ketika sedang membonceng motosikal rakannya apabila dirempuh sebuah motosikal lain.

Menurutnya, sebelum menyertai kem itu pada Khamis, anak bongsunya itu daripada lapan beradik sempat berpesan kepadanya supaya menganggap abangnya, Muhammad Suffian, 23, sebagai pengganti dirinya jika dia sudah tiada.

"Sambil dia peluk mak cik, dia cakap yang dia sayangkan mak cik sangat-sangat dan dia belajar...nak berjaya demi mak cik," katanya.

Bapa pelajar itu, Harun Abu bakar, 70, berkata beliau tidak menyangka pertemuannya dengan anaknya di Masjid Pak Sabah semasa solat Jumaat merupakan pertemuan terakhir mereka.
"Saya tak sangka dia akan solat di masjid yang sama dengan saya, sebab saya ingatkan dia pergi solat di Masjid Sura Jetty kerana ia berhampiran dengan Mayang Sari Resort.

"Dia sempat tegur saya di masjid tersebut dan setelah pulang ke rumah, saya terkejut bila ada orang datang bagi tahu anak saya kemalangan," katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Sultan Omar, Md Zain Muda berkata kehilangan arwah sangat dirasai seluruh warga sekolah dan ini merupakan kali pertama beliau kehilangan seorang calon peperiksaan sepanjang perkhidmatannya sebagai seorang guru.


"Kehilangan beliau (arwah) sangat dirasai, terutamanya bagi rakan sekelas beliau yang sangat rapat dengan arwah dan beliau seorang pelajar yang baik," katanya. - BERNAMA

Calon SPM rebah, meninggal dunia selepas 30 minit jawab soalan

NEWS
Calon SPM rebah, meninggal dunia selepas 30 minit jawab soalan


SEBAHAGIAN daripada 198 pelajar memasuki dewan yang menempatkan seorang pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nur Syazwani Ariffin, 17, (gambar kecil) yang meninggal dunia ketika sedang menduduki peperiksaan Kertas 1 Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Agama Saniah, Pasir Puteh, hari ini. - Foto Zaman Huri Isa
KOTA BAHRU: Seorang calon yang menduduki hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Agama (SMA) Saniah, Pasir Puteh, dekat sini dilaporkan rebah dan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit menjawab soalan, pagi ini.

Pelajar terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini.
Pelajar perempuan berkenaan, NurSyazwani Arifin, 17, dikatakan sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 apabila tiba-tiba rebah dan pengsan di atas lantai dewan pemeriksaan sekolah itu.


Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.

Bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini.

Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini.

"Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa.
"Pagi tadi, sebelum peperiksaan beliau ceria dan sempat mencium tangan saya," katanya.

Beliau berkata Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.

"Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah," katanya yang berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman antara yang menziarahi jenazah Allahyarham di hospital. - BERNAMA