KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM50 juta di
bawah Tabung
Usahawan Siswazah memberi keyakinan lebih besar kepada
golongan itu untuk
menceburi bidang keusahawanan, sekaligus membantu mencapai
sasaran kerajaan
melahirkan 5,000 usahawan setahun.
Pengerusi Majlis Keusahawanan Universiti-universiti Awam
Malaysia (MAKMUM)
Prof Madya Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata langkah itu
sangat positif ke arah
mengurangkan jumlah siswazah menganggur dengan menampung
minat mereka menjadi
usahawan.
“Namun, mereka perlu diberi latihan dan pendedahan
secukupnya terlebih
dahulu supaya tidak patah semangat separuh jalan,” katanya
yang mengalu-alukan
pengumuman tabung itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak pada
pembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen hari ini.
Najib mengumumkan bahawa bagi mengurangkan kadar
pengangguran dalam kalangan
siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah
Tabung Usahawan
Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.
Menurut Najib, yang juga menteri kewangan, dana itu akan
menyediakan
pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat
peratus.
-- LAGI
BAJET-REAKSI (MAKMUM) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Junaidy berkata oleh kerana bukan semua siswazah menganggur
adalah lulusan
bidang perniagaan atau keusahawanan, mereka perlu diberikan
kursus berkaitan
terlebih dahulu disusuli latihan amali dengan industri
berkaitan untuk
melengkapi diri dengan pengalaman awal.
“Saya berpendapat mereka juga perlu dipadankan dengan
industri dalam
bidang perniagaan pilihan mereka, atau diperkenalkan
mentor-mentee untuk
mendapat bimbingan berterusan bagi memastikan kejayaan,”
katanya.
Perniagaan francais dan perniagaan yang sudah ada rangkaian
meluas di
seluruh negara mungkin antara pilihan terbaik kerana ia
telah menyediakan model
perniagaan yang baik dan berjaya, kata Junaidy yang juga
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
“Untuk kelompok berikutnya MAKMUM melihat peranan pusat
keusahawanan yang
terdapat di semua universiti awam boleh dipertingkatkan
dengan mempergiat
latihan kepada mahasiswa berminat bermula daripada tahun
akhir pengajian,”
katanya.
Jumlah pinjaman daripada tabung itu tidak boleh diberi
banyak sekaligus
untuk tidak membebankan bayaran balik dan juga mengelak
kecenderungan disalah
guna, katanya, sambil menambah bahawa pinjaman yang besar
jumlahnya mungkin
boleh diberi kepada siswazah secara berkumpulan yang memikul
tanggungjawab
bersama dalam perniagaan.
Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun:
Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin
Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah
diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji
Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.
Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM
dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.
